Powered By Blogger

Rabu, 9 Jun 2010

Rinduku Buatmu, Sayangku

Ntah mengapa aku terpanggil utk mengimbas kembali detik2 bermulanya ksh sayang yg tercipta antara kami..
Inilah salah satu bukti luahan rs buat org yg aku Syng selama ini..

Sayangku...
Langkah aku terhenti
Saat hati mulai mencair kerana rindukan dirimu…
Tataplah mentari
Kerana kala ini kehangatan cinta kita harus di akhiri...
Genggamlah jariku
Kerana mungkin rindu kita akan terlerai…
Peluklah tubuhku
Kerana sungguh… aku ingin merasai kehangatan cinta kita.

Sayangku....
Pertama kali kau sentuh hatiku,
Saat hati ini telah penuh dengan debu.
Seperti jiwa yang sarat dgn kelukaan dan keperitan
Kau hadir membawakan aku Cinta..

Sayangku...
Kau membuat aku tertunduk..
Merenung dan menatap jauh ke dalam dirimu.
Sungguh,
Aku telah tenggelam dan hanyut dalam lautan cinta terlarang ini..

Sayangku....
Saat aku pejamkan mataku,
Terdetik keinginan untuk ku bawa jauh
Dirimu kedalam kehidupanku,
Saat kuyakinkan hati ini,
Bahawa kau mampu memberi kasih sayang dan
Kebahagian yg aku cari selama ini.
Namun...
Selalu ada sesuatu yang memaksa aku berfikir kembali
Untuk melangkah lebih jauh.
Sampai di titik ini,
Aku harus menjawab… mengapakah hatiku sering bimbang?

Sayangku,
Jujur dari dalam lubuk hatiku yang paling dalam...
Aku katakan....
Aku SAYANG kamu,
Aku CINTA kamu,
Aku selalu RINDU kamu.
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada padamu
Berbekal hati yg pasrah, cuba abaikan kesakitan yg akan kulalui,
Penuh mengharap…
Walau basah pipi ini dengan air mata.
Namun...
Sejak saat itu,
Hari-hariku selalu sahaja indah
Sejak saat itu,
Ada wajah dan warnamu dalam setiap ruang di hati dan fikiranku
Sejak saat itu,
Ada senyumanmu, pandanganmu dan suaramu di setiap nafasku.

Sayangku,
Kau begitu memberi erti di dalam hidupku
Sehingga aku sedari...
Rupanya... masih ada lagi seseorang yang menghargai diriku ini.

Sayangku,
Aku akan tetap berusaha selalu untuk membahagiakan dirimu
Walaupun...
Aku tak mungkin selalu berada di sampingmu
Namun....
Kasih sayangku akan tetap mengekorimu.

Sayangku,
Semoga kita ditemukan kebahagian dlm cinta sejati
Tanpa batas… hingga dunia tahu
Sesungguhnya ada ruang indah untuk kita lalui
Ruang yang diisi dengan kasih tulus ikhlas dari hati.

Aku CINTA padamu…
Terima kasih, Sayangku.
Untuk semua kasih sayang dan cintamu..
Yang membuat aku akan merasai kehilanganmu
Pabila kau tiada disisiku.
Jangan tinggalkan diriku,
Kasihmu adalah detik manis dalam hidupku,
Jangan tinggalkan diriku,
Kasihmu akan membuatkan jiwaku mati.
Mati untuk selamanya....

Note :
Bila difahami apa yg telah aku luahkan dahulu padanya...
sungguh menyentuh hati dan prasaan ku kini... 9/6/2010 @ 12.34am

3 ulasan:

  1. Sayang...mengapa ini harus terjadi ? Di tengahx kebahagagian tetapi ada halangan..
    Sayang abang tidak bedaya untuk mengharunginya...setiap hari abang hanya mampu berdoa kepada yang ESA untuk membukakan hatinya dan merestui perhubungan kita...
    Sayang...walaupun kita dekat tetapi jauh di mata, namun sayang tetap di hati abang..
    Sayang...abang buntu untuk mengatasi setuasi ini.Ini semua adalah angkara sumpah yang telah ikralkan..
    Sayang...perlukah abang mengengkari ikral ini?????????????????????????
    Untuk makluman sayang...sehingga hari ini abang masih mengalami sebagaimana yang pernah abang maklumkan kepada sayang.Abang juga telah berusaha mengatasinya, namun....gagal. Hinga kan ia mengatakan, ia hanya memeliki jasat abang, tapi.....
    Sayang..abang tak sanggup mangadapi ini semua. Abang tidak nak kehilangan sayang dan abang tak nak kehilangan nya.Keduax nya abang perlukan, namun...hanya tuhan yang tahu....
    Sayang...sampai bila abang akan menanggung penderitaan ini???????Mengapa sayang biarkan abang keseorangan menanggungnya............Abang tahu jawapan sayang...tapi abang tak berdaya...bantulah abang sayang................

    BalasPadam
  2. Jikalau masih ada rs sayang yg mndalam, mngapa harus mendiamakn diri??? Jgn nanti rs sayang itu semakin pudar hanya semata2 kerana rs keegoaan dlm diri. Mulakan langkah utk perbaiki segala kesilapan yg berlaku. Jangan hanya meletakan kesalahan pd org lain. Cermin diri sendiri dahulu. Tanya pd diri sendiri apa yg telah aku lakukan selama ini? Tergamakkah aku melukakan hati seorg insan yg begitu baik? Bawa berbincang supaya jln penyelesaian di temui. Dgn berdiam diri dan menuding jari ke arah org lain, tak akan menyelesaikan segala kekusutan. Sebagai seorang lelaki, anda perlu berani memperjuangkan cinta dan kasih sayang yg wujud. Jgn persiakan sseorang hanya kerana ingin lari dr masalah yg merantai dijiwa.

    BalasPadam
  3. Tepuk dada tanya selera. Hello, bangun3. Lelaki jenis apa awak ni?.. sehingga sanggup melukakan hati seorg wanita yg begitu baik dan jujur pd pandangan mata saya. Kalau dh tak mampu lg utk membahagiakan dia, maka lepaskannya supaya dia boleh mencari kebahagiaan yg lain. Jgn merantai hati dan perasaannya dgn kebahagiaan yg tak pasti. Jadilah lelaki yg matang dan bertanggungjwb atas segala apa yg telah anda lakukan. Dia berhak utk mendapat yg lebih baik dr anda yg masih dlm kepompong keegoaan anda sendiri.
    Eme, maaf saya katakan.
    Enal TIDAK LAYAK buat org sebaik dan seistimewa anda.

    BalasPadam