I hide my tears when I say your name, but the pain in my heart is still the same.
Although I smile and seen cheerfull everytime...
There is no one I miss more... than I miss U.
SAYANG,

Salam buat kekasih hatiku...
Buat permulaan, izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon maaf.
Tak terlintas bagi diriku utk meletakkan dirimu dalam keadaan serba salah.
Namun aku cuma insan biasa yg punya hati dan perasaan.
Ingin perhatian dan kasih sayang darimu seperti dahulu...
Lately ni, tak tahu kenapa perasaan sedih ini kerap mengunjungi ruang hati. Cuba untuk dibuang jauh2 dari lubuk hati, namun ianya semakin kemas tersimpan disanubari.
Mungkin kerana
TERLALU SAYANG?
Mungkin kerana
TERLALU MERINDU?
Mungkin kerana
KURANGNYA PERHATIAN DARIMU?
atau
Mungkin kerana
TAKUT KEHILANGANMU?
Entah bila perasaan gelisah ini berputik tanpa disedari, tapi yg pasti selepas kembali dari percutian yg terakhir. Mungkin boleh dikatakan percutian yg tiada arah tujuan selain untuk menemanimu atau melewati masa bersama. Dari detik hatiku terasa dan terguris dengan kata-katamu yg tanpa disengajakan.. ianya berlarutan sehingga dirimu mengahabiskan cuti tahunan tanpa sebarang khabar berita diutuskan buat diriku, walau aku amat2 memahami dan tahu akan keadaan dirimu yg tidak mengizinkan... penuh dengan rintangan dan halangan.. demi kasih sayangmu padaku.
Tahukah dikau...
Bagaimana perasaan hatiku dikala itu?
Bagaimana hari2 yg ku lalui tanpamu?
Aku benar2 terasa kehilangan....
Bagaimana aku merindui masa2 lalu kita bersama?
Walau kuat aku menghadapinya..
Namun aku tewas.
Di luar, aku seperti biasa, tetapi di dalam hati, hanya Allah sahaja yg tahu.
Hanya airmata dan doa yg dpt menemani aku.
Setelah airmata yg gugur, aku mendapat sedikit ketenangan
Dan aku rasa bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan menyayangimu yg semakin mendalam.
Sehingga kesaat ini, aku sebenarnya merindui masa-masa lalu kita. TERLALU...

Sayangku,
Kita dikurniakan perasaan Cinta, Kasih Sayang dan Kerinduan
Namun ianya seperti pantai, ada pasang surutnya..
Kita akan tersenyum, salah faham atau kadang kala tiada mood untuk menyenangkan hati.
Tak mungkin tiada kesedihan dan dugaan dalam perhubungan ini.
Kesedihan memang menjadi sebahagian dari hidupku,
Maafkan aku, jika terlalu beremosi... tapi itu adalah diriku.
Aku cuma manusia biasa yg punya hati dan perasaan.
Adilkah kalau seringkali membiarkan perasaan ini terluka dan dilukai?
Aku cuba menepis perasaan ini, walau seringkali aku gagal.
Namun...
Dengan kelembutan, cinta, kasih sayang bersama sekelumit perhatian yg kau berikan selama ini membuatkan aku ingin segera membuang jauh2 perasaan ini agar dunia yg kita bina bersama ini disulami dengan kegembiraan dan kebahagian yg aku cari-cari selama ini.
InsyaALLAH.
Terima kasih, Sayangku
Untuk Cinta ini
Untuk Kasih Sayang ini
Untuk Kerinduan ini
Untuk Perhatian ini
Untuk Segala-galanya..
ANDAI SAYANGMU TAK BERTEPI, DI SAAT INI..
IZINKAN AKU MERASAI KEHANGATAN PELUKKAN CINTAMU
DIWAKTU AKU TERLALU MERINDUI BELAIAN KASIH SAYANGMU.
WALAU DIRIMU JAUH DI MATA,
NAMUN AKU MASIH DAPAT MERASAKAN SENTUHANMU MEMELUK DIRIKU YG
KERINDUAN DALAM KESEJUKAN MALAM.
HADIRLAH KAU DISISIKU, WAHAI SAYANGKU.
TANPA CINTAMU,
AKU MATI....