Kesedihan ku bertambah-tambah lagie sepanjang hari ini.. semenjak pagi tadi sehinggalah ke saat coretan ini ku titipkan.. Aduh.. bertambah hodoh nya rupaku.. bengkak mataku..sembab mukaku dan segala2 nya lah..
AIRMATA....
Cukup2 lah kau mengalir keluar.. Aku dh tak mampu sangat nk menahannya wlu aku mencuba sedaya upaya ku, namun ia masih keluar juga.. Lama kelamaan aku bisa buta keranamu...
PERASAAN...
Cukup2 lah kau mengetuk pintu hati dan jiwaku.. Aku dh tak mampu sangat rasanya terus menderita begini. Aku cuba utk belajar menjadi kuat semula setelah apa yg aku lalui sekali lg dlm hidup, namun walau pun derita yg sama tp ia terlalu amat berbeza.. bilamana prasaan syng ini terlalu mendalam buat dirinya.. yg terlalu amat sukar utk ku buang jauh2 dr dlm hati ini.
IGAUAN DALAM TIDURKU...
Kenapa setiap mlm aku dihantui oleh igauan2 tentang dirinya.. Kenapa mata ini tak mahu lelap atau lena sedangkan aku telah berhari2 menelan ubat tidur supaya aku tidak di ganggu oleh kenangan manis bersama dia.. Atau mungkin shj lebih baik lena yg panjang atau terus tak sedar2 terus.. atau tidur yg panjang... kan lebih baik begitu.. Aku pun tak payah pening kepala memikirkan tentang hari yg mendatang. Aku tak payah merasai lg merasakan kesakitan ini..
"Padamu Kasih.. aku berpesan
Kiranya jasadku meninggalkan badan
Di atas nisan tolong ukirkan
Inilah kubur korban percintaan" (aku suka senikata lagu ini - mengusik jiwa)
JANJI...
Inilah susahnya kalau seseorang yg terlalu memegang pd janji.. Kenapalah Tuhan kurniakan aku dgn sikap sebegini?? Memegang pd janji.. Sakitnya hati klu kata2 tak ditepati.. Apatah lg klu rs tertipu oleh org yg d syngi.. Hanya pandai berkata2 tp bila mengotakan kata2 hanya layak melepaskan batuk di tangga.
TEMAN...
Maafkan lah aku.. kerana dlm keadaan aku begini, mungkin ada perbuatan ku yg mengundang rs sedih d hati kamu semua, yg turut bersimpati ke atas diriku.. memang aku hargai.. Memang aku perlukan sokongan dr kalian semua, namun kata2, nasihat, simpati sebenarnya tak membantu meringankan sakit dalaman yg ku tanggung.. mungkin luaran atau zahir nya aku boleh mengaburi kalian semua, tp percayalah zahir dan batinku sebenarnya terlalu tersiksa..
TUHANKU...
Maafkan aku kalau coretan aku ini bukan mencerminkan keceriaan diriku yg sebenar, tp ketahuilah oleh MU bahawa keceriaan ku telah dirampas, dirobek dan dihumban tanpa ada rs simpati yg mendalam dlm dirinya.
AIRMATA...
Cukup2 lah.. Sudah2 lah.. Apa lg yg kau mahukan dari ku?? Kenapa kau mengalir lagi nie?? Bukankah telah aku arah kan supaya kau jgn keluar lg?? Tak faham2 ke?? Jangan bagi aku marahkn diriku sendiri krana perbuatan kau yg tak mendengar kata ini..
Eh eh.. Aku nie dah giler ker??
Sudah pukul 2.17 pg.. tp aku masih d sini lagie..
Oh yaa.. aku belum makan ubat tidur lagie rupanyer..
Esok shj lah aku sambung coretan ini.....