Rabu, 16 Jun 2010
Masa Untuk Bercuti
Hari ini masuk hari yg ketiga aku mengalami demam, selsema dan sakit tekak. Harapan aku agar esok sakit aku akan berkurangan. Esok aku akan memulakan cuti yang panjang sehingga hujung minggu. Aku merasakan yg aku perlukan cuti rehat untuk menenangkan fikiran aku yang sudah sekian lama di himpit oleh tekanan perasaan. Bermula dari hari dan waktu ini, nampaknya aku akan merindui utk melakarkan coretan dan luahan hati aku di sini. Aku perlukan ruang utk melupakan segala apa yang telah terjadi... mungkinkah??? Atau aku sengaja mahu melarikan diri dari org sekelilingku. Harapan aku agar dalam masa ketiadaan aku nanti.. sedikit sebanyak dapat aku kumpulkan kekuatan utk aku menempuh hari2 yang mendatang tanpa kasih sayang dari dia. Walaupun aku sesungguh nya tidak mampu untuk melakukan itu semua, tapi aku terpaksa... Harapan aku agar dia bahagia dgn jalan yang dia pilih. Biarlah aku sendirian di sini.
Buat saudara K, M, L, dll....
Maaf aku katakan, walau aku perlukan teman2 yang sudi memberikan aku kekuatan dan semangat serta ada yang sudi menjadi pengganti... aku masih tak mampu utk menerima org baru dlm hati / hidupku.. bukan terlalu awal atau aku perlu mencuba utk menerima org baru yang lebih baik, tapi dlm hati aku hanya ada dia yang sangat aku cintai dan sayangi... tak mungkin ada pengganti. Walau dia tidak sempurna di mata org lain sebagai seseorg yang wajib bertanggungjawab atas segala apa yang telah dia lakukan pada aku, tp aku menyayangi nya dgn sepenuh hati ku. Biarlah apa org nak kata, tapi itu adalah aku.
Mungkin aku akan mendapat nafas baru bila aku pulang dr bercuti atau mendpt teman baru yang boleh membuatkan aku lupa sementara / terus akan dirinya... tapi itu aku tak pasti. Yang aku cuma boleh katakan.. itu semua kerja Nya... Aku cuma boleh berharap agar kasih sayang aku tak berkurang pd dirinya utk selamanya.
Sayang,
Maafkan Lyn dari hujung rambut sampai hujung kaki.... kalau selama ini Lyn ada buat salah pada Syng. Dan halalkan segala yang termakan dan terminum selama Lyn hadir dlm hidup Syng. Kalau ada kata2 Lyn yang menguris hati dan perasaan Syng, Lyn minta ampun.. mungkin tanpa Lyn sedari... kata2 Lyn telah menguris hati dan perasaan Syng selama ini. Terima kasih juga atas segala kasih sayang yang telah diberikan pada Lyn dan anak2.. Kami betul-betul bahagia hidup bersama Syng walau hanya sementara.. dan Lyn tak akan penat atau berhenti utk menyayangi dan menyintai Syng sehingga kesaat ini... Luv u forever...
Langgan:
Catatan (Atom)