Powered By Blogger

Ahad, 13 Jun 2010

Maafkan Aku Ibu

Peristiwa pagi tadi masih tak dpt aku lupakan sehingga ke saat ini...
Yaaa.. insiden aku di marahi oleh emak ku, sewaktu sedang menggosok baju utk ke tempat kerja. Memang inilah yg paling aku cuba elakkan selama ini, tp selama mana aku cuba menggelak... namun masih juga terkena. Aku cuba berdiam diri bila soalan demi soalan di tujukan kepadaku.. Aku tak berani membuka mulut apatah lg untuk memberitahu apa2 kepadanya.. Tetapi bila soalan demi soalan yg menusuk perasaan, mana mampu untuk aku menahannya...
Kenapa harus aku yg menerima semua kemarahan ini??
Aku ketempat kerja dgn hati yg terlalu sedih, sakit, bercelaru... tanpa menjamah apa2 pun sarapan. Setibanya di tempat kerja.. aku dah tak mampu lg utk menahan airmata dr mengalir. Nasib baik hari ini cuma kami berlima shj yg kerja lebih masa.. Elok jg aku OT hari ini, klu tidak.. mahu "masak" aku dikerjakan oleh emak aku di rumah... Bila tiba waktu nak balik... baru aku teringat yg aku tak membawa kunci rmh ku. Nasib baik aku teringatkan yg Abg M ada menyimpan salinan pendua kunci rmh ku. Thanx Abg M... wlu dlm keadaan apa sekalipun.. dia masih sudi menjadi pendengar yg setia. Aku pulang ke rmh, di hantar oleh Abg M. Aku masih berada dlm kesedihan. Tak tahu nak buat apa... terus shj kaki aku melangkah ke kedai gunting rambut.. Memang telah menjadi habit aku.. bila shj aku rs tertekan.. rambutlah yg akan jadi mangsa.. Apa lagie... tanpa berfkir panjang.. akupun memotong pendek rambutku.. Hmmmm baru puas rs hatiku.. seperti aku merasakan tekanan pg tadi telah berpisah dr diri aku.. Namun begitu, sakit kepala aku masih ada walaupun petang tadi aku dh mkn ubat.. Beginilah yg aku akan rasa seterusnya, bila2 masa shj ada tekanan yg aku rasa.. maka sakit kepala ku akan dtg semula...
Sebentar lg aku akan mkn ubat sakit kepala ku... dan akn tidur seawal yg mungkin supaya aku mampu utk pergi bekerja esok. Harapanku agar sakit kepala ku akan berkurang...
Kepada emak ku...
Maafkan aku kerana aku masih tak mampu utk memberitahu perkara yg sebenarnya. Biarlah aku pendam shj segala kesedihan ini.. Tak perlulah di risaukan atas apa yg telah terjadi kepadaku.. Ini adalah balasan ke atas diriku yg tidak mahu mendengar segala nasihat dan larangan yg telah engkau berikan padaku selama ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan