Powered By Blogger

Ahad, 6 Jun 2010

Derita Hati Ku tanggung Sendiri

Hampir seminggu lamanya... aku cuba menyepikan diri dari melakarkan derita hati yg kutanggung... Aku mencuba dan memaksa diriku untuk melupakan sementara kesedihanku, namun aku masih tak mampu melakukannya, walaupun aku telah diberikan terapi jiwa..
Dan... di waktu dini pagi hari sebegini, aku masih tidak mampu untuk melelapkan mataku.. Mungkin disebabkan aku telah dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti mengambil ubat tidur yg telah terlalu lama menjadi sahabat setiaku.. Aku akan terus mencuba tanpa mengambil ubat tidurku.. walaupun sekarang kepalaku terasa berdenyut2.. namun sehingga waktu ini... mataku masih belum ada tanda2 utk mengantuk dan fikiranku melayang2 teringatkan akan keadaan dirinya...
Sedih???
Rindu???
Benci???
Sayang???
Silih berganti.. bagaikan terasa dan terngiang2 dicuping telingaku akan suaranya memanggil2 ku. Hatiku mula bergetar, mataku mula berair dan aku umpana dpt merasakan kehangatan dakapan kasih sayangnya memelukku.. Kenapa kejamnya aku diperlakukan sebegini??? Airmataku mengalir lagi dikala semua org sedang enak dibuai mimpi, aku menyendiri melayani kesedihan hati..
Ya Allah Ya Tuhanku..Adilkah bagiku?? Umpama diri ini langsung tak dihargai. Tanpa sesiapa utk aku berkongsi derita hati.
Sayaaang,
Tidak adakah sedikit pun rs sayang dihatimu lagie?? Tidak adakah sedikit pun rs kasihan pd penderitaan yg aku tanggungi kini?? Tidak adakah sedikit pun rs kerinduan pd diri ini?? Aku ingin menanggis sepuas-puasnya dlm pelukkan mu.. kerana hanya dirimu shja yg mampu menyembuhkan kesakitan dan kelukaan ini..




Aku rasa perit derita yang ku alami
Memendam rindu hati yg tak pernah bertepi
Laksana duri dalam genggaman
Laksana api dalam pelukkan
Sakit terasa di jiwaku
Mememdam rasa yg tk bisa terungkap
Menggigil seluruh jiwa ragaku
Menyimpan sayang merindukan mu

Seakan nyawa tak lagi di tubuhku
Terasa nadi tersayat sembilu
Tapi aku cuba utk tersenyum
Menyembunyikan luka di hatiku

Walau sayangku tak pernah hilang
Batinku selalu menjerit jerit
Walau bibirku selalu tertawa
Namun batin ku meronta ronta...

1 ulasan:

  1. Sedih sungguh membaca luahan hati saudari ini.. sehingga boleh turut merasai kesedihan dan keperitan di jiwa yg saudari tanggungi. Kalaulah kesedihan ini dpt di rasai oleh pembacanya, maka bagaimana pula diri org yg melaluinya??? Harap agar saudari tabah mengharungi liku2 hidup ini. Memang sukar utk mencari kebahagian yg sebenarnya kalau keikhlasan tiada di hati.. Harapan saya agar saudari kuat mengharungi setiap dugaan yg mendatang. Saya berdoa agar satu hari nanti kebahagiaan itu akan menjadi milikmu...

    BalasPadam