Powered By Blogger

Rabu, 23 Jun 2010

Jambangan Bunga D Hari Lahirku

Hadiah jambangan bunga pemberian sempena hari lahirku pada 22 Jun, dari teman2 yg masih sudi lg bersama2 aku di hari yg ceria ini..
"CERIA" ??? Ceriakah aku pada hari ini... seperti tahun2 yg lepas?
Hari ini, aku mendapat 3 jambak bunga...
Sarapan pula di belanja oleh 2 org teman serentak dan petang oleh seorg lg teman.. Ucapan jangan di kira lagi.. berpuluh2 yg aku terima..  Aduh.. mereka bersungguh2 benar nak mengembirakan aku pada hari ini, tp mengapa aku tidak merasai apa2 kegembiraan langsung?? Jiwa aku mcm dah tak ada perasaan lg utk merasai kegembiraan itu seperti tahun2 yg lepas...
Dari petang semalam lg aku dpt merasakan yg dia ada dekat dgn diriku.. Yaaa, instinct aku mmg selalu nya betul... Dia mengucapkan Hari Lahir in advance pd aku.. menitis juga airmata aku membacanya.. terharu sangat2.. Terima kasih Syng atas ucapan itu.. Masih ingat lg dia pd tarikh ini.. Tiada yg lebih bermakna dr semua2 hadiah yg aku terima selain dr ucapan tanda ingatan darimu, Syng. Amat bermakna sekali dan aku hargai serta terharu. Aku bukan meminta hadiah yg mahal2, cukup sekadar ingatan tulus ikhlas dia pd diriku tanda dia masih mengingati dan menyayangi diri ini..
Thanx Syng.. luv u so much..
Amirul dan Zariq juga amat merindui Syng, bila aku khabarkan pd mereka tentang ucapan Syng itu.. Dan tak lupa juga kiriman salam buat Syng dr mereka...
Hmmm... aku dh tak dpt menahan rs sedih lagie ni... terpaksalah berhenti di sini dulu dari meneruskan coretan..
And for all you my friends... thanx for the lovly flowers and wishes with kisses.. My god bless u all.







Rabu, 16 Jun 2010

Masa Untuk Bercuti


Hari ini masuk hari yg ketiga aku mengalami demam, selsema dan sakit tekak. Harapan aku agar esok sakit aku akan berkurangan. Esok aku akan memulakan cuti yang panjang sehingga hujung minggu. Aku merasakan yg aku perlukan cuti rehat untuk menenangkan fikiran aku yang sudah sekian lama di himpit oleh tekanan perasaan. Bermula dari hari dan waktu ini, nampaknya aku akan merindui utk melakarkan coretan dan luahan hati aku di sini. Aku perlukan ruang utk melupakan segala apa yang telah terjadi... mungkinkah??? Atau aku sengaja mahu melarikan diri dari org sekelilingku. Harapan aku agar dalam masa ketiadaan aku nanti.. sedikit sebanyak dapat aku kumpulkan kekuatan utk aku menempuh hari2 yang mendatang tanpa kasih sayang dari dia. Walaupun aku sesungguh nya tidak mampu untuk melakukan itu semua, tapi aku terpaksa... Harapan aku agar dia bahagia dgn jalan yang dia pilih. Biarlah aku sendirian di sini.


Buat saudara K, M, L, dll....
Maaf aku katakan, walau aku perlukan teman2 yang sudi memberikan aku kekuatan dan semangat serta ada yang sudi menjadi pengganti... aku masih tak mampu utk menerima org baru dlm hati / hidupku.. bukan terlalu awal atau aku perlu mencuba utk menerima org baru yang lebih baik, tapi dlm hati aku hanya ada dia yang sangat aku cintai dan sayangi... tak mungkin ada pengganti. Walau dia tidak sempurna di mata org lain sebagai seseorg yang wajib bertanggungjawab atas segala apa yang telah dia lakukan pada aku, tp aku menyayangi nya dgn sepenuh hati ku. Biarlah apa org nak kata, tapi itu adalah aku.
Mungkin aku akan mendapat nafas baru bila aku pulang dr bercuti atau mendpt teman baru yang boleh membuatkan aku lupa sementara / terus akan dirinya... tapi itu aku tak pasti. Yang aku cuma boleh katakan.. itu semua kerja Nya... Aku cuma boleh berharap agar kasih sayang aku tak berkurang pd dirinya utk selamanya.


Sayang,
Maafkan Lyn dari hujung rambut sampai hujung kaki.... kalau selama ini Lyn ada buat salah pada Syng. Dan halalkan segala yang termakan dan terminum selama Lyn hadir dlm hidup Syng. Kalau ada kata2 Lyn yang menguris hati dan perasaan Syng, Lyn minta ampun.. mungkin tanpa Lyn sedari... kata2 Lyn telah menguris hati dan perasaan Syng selama ini. Terima kasih juga atas segala kasih sayang yang telah diberikan pada Lyn dan anak2.. Kami betul-betul bahagia hidup bersama Syng walau hanya sementara.. dan Lyn tak akan penat atau berhenti utk menyayangi dan menyintai Syng sehingga kesaat ini... Luv u forever...

Isnin, 14 Jun 2010

Aku Mengerti








Aku terlalu mengerti perpisahan ini adalah bukan kerana engkau membenci diriku. Namun kasih sayang yg pernah kau berikan padaku telah tiada lagi untuk kita layari bersama. Seringkali aku terlihatkan dirimu di mana-mana. Impian yg indah bersulam bahagia untuk hidup bersamamu seperti menjauhkan diri dari kita. Aku mengharungi hari demi hari bersama merindui dirimu yg tak mungkin akan kembali. Tapi hati ini masih tidak dapat menerima kerana aku ditinggalkan sengsara sendirian. Keraguan dan kebencian ini bukanlah pada dirimu. Tapi perasaan hati masih terlalu merinduimu... cuma kekalutan ini hanyalah untuk aku. Tercari-cari bayangan dirimu.. tak sanggup aku kehilanganmu.. kehilanganmu.. kehilanganmu. Sayang, aku masih tercari-cari bayangan dirimu. Keraguan ini bukanlah padamu walau aku masih tercari-cari bayanganmu kerana aku tak sanggup kehilanganmu.
Pulanglah padaku jikalau kau masih menyayangi diriku...

Ahad, 13 Jun 2010

Maafkan Aku Ibu

Peristiwa pagi tadi masih tak dpt aku lupakan sehingga ke saat ini...
Yaaa.. insiden aku di marahi oleh emak ku, sewaktu sedang menggosok baju utk ke tempat kerja. Memang inilah yg paling aku cuba elakkan selama ini, tp selama mana aku cuba menggelak... namun masih juga terkena. Aku cuba berdiam diri bila soalan demi soalan di tujukan kepadaku.. Aku tak berani membuka mulut apatah lg untuk memberitahu apa2 kepadanya.. Tetapi bila soalan demi soalan yg menusuk perasaan, mana mampu untuk aku menahannya...
Kenapa harus aku yg menerima semua kemarahan ini??
Aku ketempat kerja dgn hati yg terlalu sedih, sakit, bercelaru... tanpa menjamah apa2 pun sarapan. Setibanya di tempat kerja.. aku dah tak mampu lg utk menahan airmata dr mengalir. Nasib baik hari ini cuma kami berlima shj yg kerja lebih masa.. Elok jg aku OT hari ini, klu tidak.. mahu "masak" aku dikerjakan oleh emak aku di rumah... Bila tiba waktu nak balik... baru aku teringat yg aku tak membawa kunci rmh ku. Nasib baik aku teringatkan yg Abg M ada menyimpan salinan pendua kunci rmh ku. Thanx Abg M... wlu dlm keadaan apa sekalipun.. dia masih sudi menjadi pendengar yg setia. Aku pulang ke rmh, di hantar oleh Abg M. Aku masih berada dlm kesedihan. Tak tahu nak buat apa... terus shj kaki aku melangkah ke kedai gunting rambut.. Memang telah menjadi habit aku.. bila shj aku rs tertekan.. rambutlah yg akan jadi mangsa.. Apa lagie... tanpa berfkir panjang.. akupun memotong pendek rambutku.. Hmmmm baru puas rs hatiku.. seperti aku merasakan tekanan pg tadi telah berpisah dr diri aku.. Namun begitu, sakit kepala aku masih ada walaupun petang tadi aku dh mkn ubat.. Beginilah yg aku akan rasa seterusnya, bila2 masa shj ada tekanan yg aku rasa.. maka sakit kepala ku akan dtg semula...
Sebentar lg aku akan mkn ubat sakit kepala ku... dan akn tidur seawal yg mungkin supaya aku mampu utk pergi bekerja esok. Harapanku agar sakit kepala ku akan berkurang...
Kepada emak ku...
Maafkan aku kerana aku masih tak mampu utk memberitahu perkara yg sebenarnya. Biarlah aku pendam shj segala kesedihan ini.. Tak perlulah di risaukan atas apa yg telah terjadi kepadaku.. Ini adalah balasan ke atas diriku yg tidak mahu mendengar segala nasihat dan larangan yg telah engkau berikan padaku selama ini..

Rabu, 9 Jun 2010

Kasihku Tulus Utk Dia Yg Ku Cintai

Dan yg ini tercipta bila dia inginkan bukti bhwa aku tidak menyesal menerimanya dlm hidupku, tdk akan melukakan hatinya dan tidak akan meninggalkan dirinya utk lelaki lain... tp akhirnya????


Sayangku...
Aku pernah melangkah ke dalam beribu keperitan menyusuri hidup ini,
Tapi aku tidak pernah menyesal melangkah ke dalam ruang cinta di hatimu.
Aku pernah menyesal dan rasa sakit hati yg berulang-ulang di masa laluku,
Tapi aku tidak pernah menyesal kerana memasuki ruang cinta di hatimu.

Sayangku...
Walaupun engkau membuang diriku,
Walaupun engkau meninggalkan diriku,
Walaupun engkau mengores perasaan luka dalam hatiku,
Aku tetap bangga karena telah memberikan hati dan kasih sayangku padamu.
Aku tidak menyesal telah memberikan hatiku seutuhnya
Kerana aku yakin kamulah yang pantas menerimanya
Aku tidak menyesal ketika hatiku ini engkau campakkan
Kerana aku tulus memberikannya padamu.

Sayangku...
Percayalah.. bahawa aku tidak pernah menyesal
dan
Aku bangga kerana aku tulus mencintaimu…
*****************************************************************

Untuk insan yang amat aku cintai,
apabila engkau membaca tulisanku ini,
aku ingin engkau tahu bahawa cintamu
adalah hadiah terindah yang pernah aku miliki dalam hidupku hingga saat ini…

Note:
Walaupun perit dan terluka namun kasih sayangku tak akan pudar - 9/6/2010 @ 1.01am

Bicara Hati Buat Yg Tersayang

Kenangan mengusik jiwaku... Tentu masih ingat lagi kan???? Ianya tercipta bila kita terpisah sementara kerana Syng bercuti...

Sayangku...
Rasa cinta mengundang rindu
Rasa rindu menggamit sayang
Rasa sayang memaut kasih
Rasa kasih menambat hati
Tanpamu di sisi...
Hening malam terasa sepi
Sepi malam terasa sunyi
Terasa hambar purnama berseri

Pasrahku...
Menghitung hari
Membilang waktu
Mengira detik
Walang di hati
Menanti hadirmu...

Bertiuplah angin menghantar khabar
Berpuputlah semilir membawa perihal
Berhembuslah bayu mengirim berita
Setiaku bersulam jalinan harapan...

Pulanglah
Kembalilah
Sayang ke sisiku..
Aku amat merindui belaian kasih sayangmu....

Note:
Dan sehingga kini, aku masih tetap merindui dirimu.. 9/6/2010 @ 12.47am

Rinduku Buatmu, Sayangku

Ntah mengapa aku terpanggil utk mengimbas kembali detik2 bermulanya ksh sayang yg tercipta antara kami..
Inilah salah satu bukti luahan rs buat org yg aku Syng selama ini..

Sayangku...
Langkah aku terhenti
Saat hati mulai mencair kerana rindukan dirimu…
Tataplah mentari
Kerana kala ini kehangatan cinta kita harus di akhiri...
Genggamlah jariku
Kerana mungkin rindu kita akan terlerai…
Peluklah tubuhku
Kerana sungguh… aku ingin merasai kehangatan cinta kita.

Sayangku....
Pertama kali kau sentuh hatiku,
Saat hati ini telah penuh dengan debu.
Seperti jiwa yang sarat dgn kelukaan dan keperitan
Kau hadir membawakan aku Cinta..

Sayangku...
Kau membuat aku tertunduk..
Merenung dan menatap jauh ke dalam dirimu.
Sungguh,
Aku telah tenggelam dan hanyut dalam lautan cinta terlarang ini..

Sayangku....
Saat aku pejamkan mataku,
Terdetik keinginan untuk ku bawa jauh
Dirimu kedalam kehidupanku,
Saat kuyakinkan hati ini,
Bahawa kau mampu memberi kasih sayang dan
Kebahagian yg aku cari selama ini.
Namun...
Selalu ada sesuatu yang memaksa aku berfikir kembali
Untuk melangkah lebih jauh.
Sampai di titik ini,
Aku harus menjawab… mengapakah hatiku sering bimbang?

Sayangku,
Jujur dari dalam lubuk hatiku yang paling dalam...
Aku katakan....
Aku SAYANG kamu,
Aku CINTA kamu,
Aku selalu RINDU kamu.
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada padamu
Berbekal hati yg pasrah, cuba abaikan kesakitan yg akan kulalui,
Penuh mengharap…
Walau basah pipi ini dengan air mata.
Namun...
Sejak saat itu,
Hari-hariku selalu sahaja indah
Sejak saat itu,
Ada wajah dan warnamu dalam setiap ruang di hati dan fikiranku
Sejak saat itu,
Ada senyumanmu, pandanganmu dan suaramu di setiap nafasku.

Sayangku,
Kau begitu memberi erti di dalam hidupku
Sehingga aku sedari...
Rupanya... masih ada lagi seseorang yang menghargai diriku ini.

Sayangku,
Aku akan tetap berusaha selalu untuk membahagiakan dirimu
Walaupun...
Aku tak mungkin selalu berada di sampingmu
Namun....
Kasih sayangku akan tetap mengekorimu.

Sayangku,
Semoga kita ditemukan kebahagian dlm cinta sejati
Tanpa batas… hingga dunia tahu
Sesungguhnya ada ruang indah untuk kita lalui
Ruang yang diisi dengan kasih tulus ikhlas dari hati.

Aku CINTA padamu…
Terima kasih, Sayangku.
Untuk semua kasih sayang dan cintamu..
Yang membuat aku akan merasai kehilanganmu
Pabila kau tiada disisiku.
Jangan tinggalkan diriku,
Kasihmu adalah detik manis dalam hidupku,
Jangan tinggalkan diriku,
Kasihmu akan membuatkan jiwaku mati.
Mati untuk selamanya....

Note :
Bila difahami apa yg telah aku luahkan dahulu padanya...
sungguh menyentuh hati dan prasaan ku kini... 9/6/2010 @ 12.34am

Selasa, 8 Jun 2010

Emosiku Terganggu Lagie


Syukur Alhamdulillah...
Aku mampu tersedar dari tidurku yang seawal pukul 8 malam tadi selepas mengambil ubat sakit kepalaku.. pabila sampai shja di rumah. Sakit kepala yang aku tahan semenjak dr tengahari tadi terasa berkurangan sekarang. Mencari2 kedua-dua anakku yg telah pun lena bilamana aku baru tersedar dr tidurku. Kesian pd mereka... apalah santapan makan malan mereka tadi?? Bercakap soal makan... terasa pulak perut aku pedih kerana seharian tanpa santapan..
Hmmmm.... betul lah tu, seharian tanpa santapan. Mengapa?? Kerana selera makan aku telah hilang disebabkan oleh emosiku terganggu lagi hari ini.
Ya Allah.. Ya Tuhanku.. 
Mengapalah kejamnya manusia ini?? Apa lagie yang di mahukan oleh nya? Aku menanggis lagie.. Sedih... Tak cukupkah penderitaan yg Kak A berikan pd aku selama ini? Memisahkan abg dari aku... Mengapa harus Kak A menghubungi aku lg? Apa yang Kak A mahukan dariku? Tak berhenti2 HP aku berdering tengahari tadi.. Menganggu tul... Hampir2 shja aku menjawab panggilan itu.. kerana nombor pemanggil tiada dlm HP aku.. namun begitu aku masih mampu menghafalkannya.
Yaaaa... setelah lebih sebulan Kak A tak menganggu aku.. kenapa tiba2 hari ini... berulang lagi? Bukankah Kak A dah memberi AMARAN pd aku supaya jgn menganggu atau menghubungi abg lg.. dgn alasan bahawa abg telah memutuskan hubungan dan tidak mahu mempunyai apa2 ikatan lagi dgn aku... Tapi mengapa sekarang... Kak A pula yang tidak berhenti2 menalifonku?? Apa lg yg dia mahukan dari aku?? Apa lg yang dia tidak puashati dgn aku? Seingat aku.. tidak sekalipun aku menghubungi abg selama lebih sebulan ini atas AMARAN dan kehendak mereka.. Apa lg daya aku, selain aku terpaksa akur dgn AMARAN ini... Aku hanya insan yg lemah.. hanya mampu berserah.. Tapi, kenapa perlu di ganggu lagi emosiku????? Aku tak faham... betul2 tak faham... Banyak persoalan yg bermain difikiran ku.. Rentetan emosi aku terganggu bermula seawal gangguan dr Kak A lagi.. apabila jantungku seakan terasa berhenti berdenyut bila aku di datangi oleh 'patient' yg seiras penampilan abg... Aku jd kaget sngt2 di sambung pula dgn panggilan yg tak di ingini dr Kak A... 
Persoalan awal bermain difikiranku.. hanya memikirkan akan keadaan abg.. 
Sihatkah dia? Selamatkah dia? Bahagiakah dia? Sehingga aku terlupa akan diriku yg juga perlukan perhatian. Aku berharap agar abg sentiasa dlm keadaan yg sihat dan selamat.. Aku ingin menjawab panggilan Kak A tadi, tp aku masih keliru... mungkin aku msh tidak mampu..
Hmmmm.... biarlah apa2 pun, aku harap aku lebih kuat utk menghadapi apa lg masalah yg akan Kak A berikan pd aku...
Susu panas yg aku buat sebentar tadi pun sudah hampir habis... harap2 aku mampu utk melelapkan mataku semula.. menyimpan sedikit tenaga bg hari esok yang penuh dgn cabaran dan dugaan yg aku sendiri tidak mampu utk memikirkan bila akan ada kesudahannya..

Ahad, 6 Jun 2010

Derita Hati Ku tanggung Sendiri

Hampir seminggu lamanya... aku cuba menyepikan diri dari melakarkan derita hati yg kutanggung... Aku mencuba dan memaksa diriku untuk melupakan sementara kesedihanku, namun aku masih tak mampu melakukannya, walaupun aku telah diberikan terapi jiwa..
Dan... di waktu dini pagi hari sebegini, aku masih tidak mampu untuk melelapkan mataku.. Mungkin disebabkan aku telah dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti mengambil ubat tidur yg telah terlalu lama menjadi sahabat setiaku.. Aku akan terus mencuba tanpa mengambil ubat tidurku.. walaupun sekarang kepalaku terasa berdenyut2.. namun sehingga waktu ini... mataku masih belum ada tanda2 utk mengantuk dan fikiranku melayang2 teringatkan akan keadaan dirinya...
Sedih???
Rindu???
Benci???
Sayang???
Silih berganti.. bagaikan terasa dan terngiang2 dicuping telingaku akan suaranya memanggil2 ku. Hatiku mula bergetar, mataku mula berair dan aku umpana dpt merasakan kehangatan dakapan kasih sayangnya memelukku.. Kenapa kejamnya aku diperlakukan sebegini??? Airmataku mengalir lagi dikala semua org sedang enak dibuai mimpi, aku menyendiri melayani kesedihan hati..
Ya Allah Ya Tuhanku..Adilkah bagiku?? Umpama diri ini langsung tak dihargai. Tanpa sesiapa utk aku berkongsi derita hati.
Sayaaang,
Tidak adakah sedikit pun rs sayang dihatimu lagie?? Tidak adakah sedikit pun rs kasihan pd penderitaan yg aku tanggungi kini?? Tidak adakah sedikit pun rs kerinduan pd diri ini?? Aku ingin menanggis sepuas-puasnya dlm pelukkan mu.. kerana hanya dirimu shja yg mampu menyembuhkan kesakitan dan kelukaan ini..




Aku rasa perit derita yang ku alami
Memendam rindu hati yg tak pernah bertepi
Laksana duri dalam genggaman
Laksana api dalam pelukkan
Sakit terasa di jiwaku
Mememdam rasa yg tk bisa terungkap
Menggigil seluruh jiwa ragaku
Menyimpan sayang merindukan mu

Seakan nyawa tak lagi di tubuhku
Terasa nadi tersayat sembilu
Tapi aku cuba utk tersenyum
Menyembunyikan luka di hatiku

Walau sayangku tak pernah hilang
Batinku selalu menjerit jerit
Walau bibirku selalu tertawa
Namun batin ku meronta ronta...