Hidup ini penuh dgn cerita2 kegembiraan dan kesedihan...
Biar apa pun situasi yg kita lalui, walau dimana pun kita brada, walau bagaimana pun kita mengatasinyer... hadapilah ia dgn penuh keredhaan..
Terlebih duhulu Lyn ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah atas limpah kurniaNya. Memang Lyn cukup sronok semenjak kebelakangan ini sebab terus2an di hujani berita gembira. Yg utama antaranya sronok bila dpt brita mnggembirakn.. kluarga pun sama2 turut happy dgn brita ini.
LYN MENDAPAT ANAK BUAH PEREMPUAN DUA ORANG!!! YEAYYY!!!
Berita gembira yg pertama ni Lyn terima pada 14hb Jan, 2010 lebih kurang jam 8.20am. Anak buah baby girl yg dilahirkan oleh adik iparku, Rosazliza pada 13hb Jan @ 5.34pm. Baby girl seberat 2.7kg.
Nur Iman Basyirah binti Ahmad Rafi
Berita gembira yg kedua pula, Lyn terima pada 22hb Jan, 2010 lebih kurang jam 12.10am. Anak buah baby girl juga yg dilahirkan oleh adik Lyn, Nor Nasaliza pd 21hb Jan @ 9.12pm. Baby girl seberat 3.35kg.
Lyn tumpang gembira dgn berita ini, walaupun sebenarnya.. Lyn tension gak... huhuhu. Lyn tak ada anak perempuan...aaaarrrrgggghhhhhh... Tapi tak per lah... Lyn ada ramai anak buah perempuan. Boleh gak tumpang kasih sayang mereka, sebab semua anak2 buah perempuan memang rapat dgn Lyn. Dan mulalah terbayangkan betapa comel2 nyer mereka semua dengan dressing yg berbagai2 sekarang nie. Hmmmmm.. sabar jer lah..
***************************************************************************
Dalam menyulam perasaan gembira ini, Lyn tetap bersedih juga dgn berita kematian
Pak Ngah kembali kerahmatullah semalam, bersamaan 23hb Jan, 2010 @ 5.10pm. Lyn menerima berita sedih ini pada pukul 6.30pm. Al-fatihah!!! Semuga rohnya ditempatkan bersama-sama org yg beriman. Ucapan takziah dan Maaf yg bertimpa2 pada keluarga Allahyarham, kerana Lyn tak berkesempatan untuk menziarahi jenazah Pak Ngah buat kali terakhir. Bukan disengajakan, tetapi Lyn betul2 tak mampu untuk menziarahinya kerana keadaan Lyn tidak sihat. Demam kena hujan lebat semalaman sewaktu balik dari kerja. Walaupun hati ini meronta2 untuk kembali ke kampung, namun apakan daya, hanya tuhan saja yg maha mengetahui. Yang membuatkan Lyn lebih merasa terkilan sangat2 adalah kerana... perginya arwah Pak Ngah selepas genap 44 hari perginya anak perempuan sulong beliau, iaitu kakak sepupu kesayanganku, Basariah binti Abu Bakar... Seorang kakak yang terlalu baik buat semua adik-adiknya / ipar duainya, tak kira samada adik2 sepupu, anak2 buah mahupun ayah atau emak saudara. Kak Ngah, seorang kakak yg penuh dengan kata2 nasihat, pandangan dan pengajaran jika kita dilanda masalah. Buat Kak Ngah tersayang.. walaupun Kak Ngah telah tiada lagi di dunia ini, tetapi kenangan terindah, kata2 nasihat dan semangat ketika Lyn dihimpit oleh masalah dan tekanan hidup suatu waktu dulu tetap terpahat dalam ingatan. Pertemuan yg terakhir semasa hari raya pertama tahun lepas adalah yg terakhir buat Kak Ngah dan juga Pak Ngah. Walaupun Lyn tak ada kakak, tapi kehadiran Kak Ngah cukup memberi erti dan kasih sayang buat diri ini. Semuga dicucuri rahmat ke atas rohnya... AMINNNNN.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan