Powered By Blogger

Isnin, 25 Januari 2010

Kata-kata hanya sebagai renungan buat teman-teman yg tersayang...


Mgkin Tuhan sngaja mahu kt bjumpa dgn org yg slh sblum mnemui yg betul, spya apabila kt akhirnya mnemui org yg betul, kt akn tahu bgimna utk brsyukur dgn nikmat pmberian dan hikmah di sbalik pmberian trsebut.

Apabila slh 1 pintu kbhgiaan trtutup, yg lain akn trbuka tp lazimnya kt akn mmandang pintu yg tlh trtutup itu trlalu lm hinggakn kt tdk nmpk pintu yg tlh pn dibukakn utk kita.

Kwn yg pling baik ialah ssorang yg anda blh duduk didlm buaian dan brbuai brsama tnpa brkata apa2pn dan kmudian brjln pulang dgn prasaan bhwa itulh prbualn yg paling hebat yg prnah dialami.

Mmg benar yg kt tdk akn sedar prasaan yg brputik dihati shinggalh apa yg kt rindukn slama ini, brcanda didepan mata.

Mmberi ssorang sluruh cinta bukanlh 1 kpastian yg mrka akn mnyintai anda kmbali! Jgn harapkn cinta sbagai blsan. Nantikn shja ia mekar di dlm hati mreka, tp skiranya ia tidak, pastiknlh ia terus mekar di dlm hati anda.

Ia cuma mngambil ms 1 minit utk jatuh hati pd ssorang, 1 jam utk mnyukai ssorang, 1 hari utk mnyintai ssorang ttpi ia mgambil ms spnjng hidup utk mlupakn ssorang.

Jgn pdng kpd kcantikn krna mngkn ianya palsu. Jgn kejar kmewahn krna ianya akn susut. Carilh ssorang yg mmbuatkn anda trsenyum krna ia cm mmerlukn sbuah senyumn utk mncerahkn hr yg suram. Carilh yg boleh mmberi kbahagian pd anda.

Akn tiba 1 ketika di dlm khidupn apabila anda tramat rindukn ssorang shingga anda ingin mnggapainya dr mimpi anda dan mmeluknya dgn sbenar. Mimpilh apa yg ingin anda mimpikn, pergilh ke mana2 yg ingin anda tujui dan jadilh apa yg anda inginkn krna anda hanya memiliki 1 khidupn dan 1 peluang utk mlakukn semua pkara yg ingin anda lakukn.

Semoga anda mmiliki kbhgiaan yg ckp utk mmbuatkn diri anda mnarik, prcubaan yg ckp utk mmbuatkn anda kuat, kesedihan yg ckp utk mmastikn anda adalh seorg insan dan hrpan yg ckp utk mmbuatkn anda bhgia.

Kbhgiaan ssorang tdk smestinya dlm mmiliki sgala yg trbaik. Mrka hya mmbuat yg trbaik dlm hampir apa sj yg dtg di dlm prjalann hidup mrka.Kbhgiaan tletak kpd mrka yg mnangis, yg trluka, yg tlh mncari dan yg tlh mncuba. Hya mrka yg blh mghargai kpntingn mnusia yg tlh myentuh hidup mrka.


Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn sebuah tangisan. 

Kenangn itu kadang kala tramat pahit utk diredah, tetapi ia trlalu manis utk dikenang. Hidup tak slalunya indah, tapi yg indah itu tetap hidup dlm kenangan. Andai hadirnya cinta skadar utk mngecewakn, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa brcinta bkn brmakna dunia sudah berakhir. Masa depan yg cerah brdasarkn pd masa lalu yg telah dilupakan. 
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya, tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa.

Ahad, 24 Januari 2010

Hidup ini penuh dgn cerita2 kegembiraan dan kesedihan... 
Biar apa pun situasi yg kita lalui, walau dimana pun kita brada, walau bagaimana pun kita mengatasinyer... hadapilah ia dgn penuh keredhaan.. 


Terlebih duhulu Lyn ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah atas limpah kurniaNya. Memang Lyn cukup sronok semenjak kebelakangan ini sebab terus2an di hujani berita gembira. Yg utama antaranya sronok bila dpt brita mnggembirakn.. kluarga pun sama2 turut happy dgn brita ini.




LYN MENDAPAT ANAK BUAH PEREMPUAN DUA ORANG!!!  YEAYYY!!!

Berita gembira yg pertama ni Lyn terima pada 14hb Jan, 2010 lebih kurang jam 8.20am. Anak buah baby girl yg dilahirkan oleh adik iparku, Rosazliza pada 13hb Jan @ 5.34pm. Baby girl seberat 2.7kg.
Nur Iman Basyirah binti Ahmad Rafi


Berita gembira yg kedua pula, Lyn terima pada 22hb Jan, 2010 lebih kurang jam 12.10am. Anak buah baby girl juga yg dilahirkan oleh adik Lyn, Nor Nasaliza pd 21hb Jan @ 9.12pm. Baby girl seberat 3.35kg.
Nor Aressa Zara Irdina binti Muammar Julkarnain



Lyn tumpang gembira dgn berita ini, walaupun sebenarnya.. Lyn tension gak... huhuhu. Lyn tak ada anak perempuan...aaaarrrrgggghhhhhh... Tapi tak per lah... Lyn ada ramai anak buah perempuan. Boleh gak tumpang kasih sayang mereka, sebab semua anak2 buah perempuan memang rapat dgn Lyn. Dan mulalah terbayangkan betapa comel2 nyer mereka semua dengan dressing yg berbagai2 sekarang nie. Hmmmmm.. sabar jer lah..
***************************************************************************










Dalam menyulam perasaan gembira ini, Lyn tetap bersedih juga dgn berita kematian


Pak Ngah kembali kerahmatullah semalam, bersamaan 23hb Jan, 2010 @ 5.10pm. Lyn menerima berita sedih ini pada pukul 6.30pm. Al-fatihah!!! Semuga rohnya ditempatkan bersama-sama org yg beriman. Ucapan takziah dan Maaf yg bertimpa2 pada keluarga Allahyarham, kerana Lyn tak berkesempatan untuk menziarahi jenazah Pak Ngah buat kali terakhir. Bukan disengajakan, tetapi Lyn betul2 tak mampu untuk menziarahinya kerana keadaan Lyn tidak sihat. Demam kena hujan lebat semalaman sewaktu balik dari kerja. Walaupun hati ini meronta2 untuk kembali  ke kampung, namun apakan daya, hanya tuhan saja yg maha mengetahui. Yang membuatkan Lyn lebih merasa terkilan sangat2 adalah kerana... perginya arwah Pak Ngah selepas genap 44 hari perginya anak perempuan sulong beliau, iaitu kakak sepupu kesayanganku, Basariah binti Abu Bakar... Seorang kakak yang terlalu baik buat semua adik-adiknya / ipar duainya, tak kira samada adik2 sepupu, anak2 buah mahupun ayah atau emak saudara. Kak Ngah, seorang kakak yg penuh dengan kata2 nasihat, pandangan dan pengajaran jika kita dilanda masalah. Buat Kak Ngah tersayang.. walaupun Kak Ngah telah tiada lagi di dunia ini, tetapi kenangan terindah, kata2 nasihat dan semangat ketika Lyn dihimpit oleh masalah dan tekanan hidup suatu waktu dulu tetap terpahat dalam ingatan. Pertemuan yg terakhir semasa hari raya pertama tahun lepas adalah yg terakhir buat Kak Ngah dan juga Pak Ngah. Walaupun Lyn tak ada kakak, tapi kehadiran Kak Ngah cukup memberi erti dan kasih sayang buat diri ini. Semuga dicucuri rahmat ke atas rohnya... AMINNNNN.....




Begitulah cerita tentang kehidupan dan kematian, kegembiraan dan kesedihan... Walau apapun yang terjadi, hidup mesti diteruskan.

Jumaat, 22 Januari 2010

Nice moments at Midvalley tengok movies

Hari minggu yg lepas... rasa macam need times to spend with my two sons..
So..we plan to go for a movie.. opssss not one but two movies, hehehehe.
Best giler citer yg kitaorang tengok
Enjoyyyy
The spy next door and di ikuti dengan Adnan Sempit.
Tengoklah si Zariq yg nakal tu, suka betul bila di bawa berjalan especially gi Midvalley.
Penat pun tak per, atleast released gak tension mama dia asyik keje sajer.



Isnin, 18 Januari 2010

Rahsia disebalik tarikh kelahiran dan Pasangan Ideal



Kalau dilahirkan pd 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dlm mana2 bulan, anda adalah no. 1
Anda sgt cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, berterus-terang, amat cemburu, baik hati, pramah dan autoriti. Anda tidak suka dikongkong dlm kehidupan. Anda ingin mndahului dlm apa jua keadaan. Anda seorg yg berdikari, berkeyakinan dan tdk pernah brada di bawah pimpinan org lain. Anda akn bercinta dan bkahwin dlm usia yg muda tetapi akn mrasa indah bercinta pd usia yg agak matang. Anda tdk suka akn org yg brtentangn pendapat dgn anda. Malah anda jg menyimpan dendam trhadap org yg brsalah dgn anda. Anda seorang yg kuat berbelanja. Pd ms hadapn anda mjadi professional dlm kerjaya yg anda ceburi. Namun trdapat jg org yg berkecil hati dgn pencapaian anda.
Pasangan ideal anda adalah no. .4, 6, 8

Kalau dilahirkan pd 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dlm mana2 bulan, anda adalah no. 2

Tak kira apa pun, anda mungkin akn disukai oleh org krana anda berperanankan BULAN dan org suka akan bulan. Emm…baguslah! Anda suka bermimpi disiang hari. Anda kurang berkeyakinan trhadap diri sndiri, kuat cemburu dan berprasangka. Jd anda perlu membuat prubahn ke atas hidup dan cara pemikiran anda. Anda adalh seorg yg sukar diramal krana anda membuat penilaian dan perubahn berdasarkn masa dan keadaan. Anda jg seorg yg terlalu mementingkan diri sendiri tetapi anda mmpunyai bakat dlm muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda sperti bulan yg dlm keredupan dan pudar, jadi semua org boleh mengetahui perubahn anda. 
Pasangan ideal anda adalah no. 2, 5, 9  

Kalau dilahirkan pd 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dlm mana2 bulan, anda adalah no. 3
Anda seorg yg berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka utk mpertingkatkn kehidupn sndiri. Anda mmpunyai masalah kluarga dan dpt mngharungi dgn ksabaran anda. Anda sgt pandai brcakap, wajah yg cantik, jd ke mana sj anda pergi, anda akn dpt apa yg anda inginkn. Drpd hari anda dlahirkn, anda perlu brkerja keras utk berjaya. Anda jg seorg yg mnghormati org yg lebih tua drpd anda. Bukannya senang nk menjalinkn hubungn samaada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Skiranya anda sk akn sikap ssorang itu, mk hubungan itu akn brpanjangn. Anda sk akn kebebasan dan pencipta dimana anda akn mmbawa harapan, kegembiraan dan keceriaan kedunia ini.
Pasangan ideal anda adalah no. 6, 9

Kalau dilahirkan pd 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dlm mana2 bulan, anda adalah no. 4
Anda seorg yg ceria, jujur, baik hati, penyayang, ada daya tarikan dan mudah didekati, amat memahami, rajin, sensitif tetapi degil. Mngkin anda sukar mmpercayai org lain krana kejujuran yg anda cari. Setia pd yg satu walau susah meluahkan prasaan syng. Anda seorg yg amat bertimbang rasa akn segala masalah org lain. Anda berbakat dlm penyelidikan dan berjiwa seni. Anda akn mmbantu ahli keluarga atau kawan2 yg menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati2 dgn org sekeliling krana mreka mngkin akn mmpergunakn kebaikkan anda. Kawan2 akn mnghabiskn masa dan wang ringgit anda, slepas itu akn mnjauhkn diri apabila anda dh tak ada nilai buat mreka lg. Wlu bagaimn pn anda tetap seorg yg amat penyabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8 

Kalau dilahirkan pd 5hb, 14hb, 23hb dlm mana2 bulan, anda adalah no. 5
Anda sgt popular dlm komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu prkara hanya scara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dlm menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu2. Anda adalh seorg yg klakar dikalangn kawan2 dan ahli keluarga. Kawan2 dan ahli keluarga anda jg akn minta bantuan anda apabila mreka memerlukannya. Anda bukan seorg yg setia dlm hubungan percintaan. Anda sk perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri2 seorg pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
Pasangan ideal anda adalah no. 1 , 2, 9

Kalau dilahirkan pd 6hb, 15hb, 24hb dlm mana2 bulan, anda adalah no. 6
Anda dilahirkan utk menikmati hidup ini. Anda tdk pedulikan apa2 perkara dan hanya ingin berseronok dlm hidup anda sj. Anda sgt pandai dlm pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorg genius, baik hati (tapi hanya org yg beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yg cantik atau kacak. Semua benda yg baik akn dtg pd anda. Anda mengambil berat keatas ahli keluarga dan kawan2 anda. Pd pandangan mreka, anda adalh seorg yg murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yg tajam.
Pasangan ideal anda adalah no. 1, 3, 9

Kalau dilahirkan pd 7hb, 16hb, 25hb dlm mana2 bulan, anda adalah no. 7
Anda mempunyai daya tarikan kpd sesiapa sj. Anda adalh seorg yg realistik, yakin, gembira dan mrupakn seorg yg genius dlm bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda byk melakukan pengorbanan utk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yg amat tinggi sekali shingga kadang2 mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan utk memberi sumbangan kpd dunia ini. Jd anda seorg yg bagus dan seorg yg amat gembira.
Pasangan ideal anda adalah no. 2

Kalau dilahirkan pd 8hb, 17hb, 26hb dlm mana2 bulan, anda adalah no. 8
Anda mmpunyai personaliti yg sangat kuat, jd tak ada org yg memahami anda. Kepakaran anda hanyalh menuding jari pd sesuatu benda. Anda jg mengalami pelbagai dugaan dlm hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda mmperjuangkn keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskn brsama dgn kawan2. Anda seorg yg disiplin dlm hidup, tidak putus asa dan brani. Faktor2 ini telah mmbawa anda kepuncak kejayaan. Anda jg adalh seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yg sgt bagus.
Pasangan ideal anda adalah no. 1, 4

Kalau dilahirkan pd 9hb, 18hb, 27hb dlm mana2 bulan, anda adalah no. 9 
Anda adalh seorg yg sgt tabah dr segi fizikal dan jg mental. Anda mempunyai penilaian yg sgt tajam. Anda jg adalh seorg yg sgt dihormati dlm komuniti. Anda adalh org yg boleh menerima cabaran dan berjaya dlm apa jua yg anda buat. Pd usia yg muda anda selalu bertentangan dgn ibu bapa anda. Tp apabila usia anda telah smakin meningkat, anda adalh seorg ank yg taat dan hormati mreka. Anda sesuai mnceburi bidang kjuruteraan atau perbankn krana org lain percaya dan yakin akn anda. Anda merupakn model teladan kpd org lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6

Sabtu, 16 Januari 2010

Teruja Dengan Cemburu Lelaki ???

Stiap insan yg dilahirkn pasti mempunyai prasaan cemburu. Tak kira smasa zaman kanak2, remaja mahupn di kala usia mencecah batas dewasa, prasaan cemburu tetap wujud dlm sanubari manusia. Bagi pasangan yg bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yg disemai bersama. Cemburu sering dikaitkan dgn kaum perempuan. Percaya atau tidak, lelaki jg mempunyai prasaan cemburu yg terselindung di sebalik ego mereka. Malah tanpa disedari lelaki juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yg mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran mereka.


Aquarius (21 Januari - 19 Februari)
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.



Pieces (20 Februari - 20 Mac)

Lelaki Pieces yang paling mulia dan baik hati.. lagi kuat prasaan cemburu mereka. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda. 

(Mungkin ada kebenarannye, anyhow, sk klu Sayang cemburukan Lyn)

Aries (21 Mac - 20 April)
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yg memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tak kira dlm apa jua perkara, dia jg berharap menggunakn tenaga & kuasanya utk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dgn musuh kekasih, dia akn segera mengambil tindakan utk menyebabkn pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.


Taurus (21 April - 21 Mei)
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah & sangat jujur. Tapi jgn ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dpt trima kekasihnya menderhaka kepadanya. Sekiranya dia dpt tahu anda keluar mkn malam dgn lelaki lain, buatlah persediaan utk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sbagai satu permainan sj. Dia ialah seorang yg suka bermain2. Oleh itu, dia paling benci akn cinta secara paksa. Malah dia tidak akn mungkin melepaskan peluang utk berkenalan dgn wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jd, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dgn lelaki Zodiak lain.


Cancer (22 Jun - 23 Julai)
Lelaki Cancer secara kebetulan terbalik dgn lelaki Gemini. Dia tidak akn berjauhan dgn kekasih malah slalu berhimpit dgn kekasih. Ini adalh krana dia mempunyai prasaan kekosongn & jg prasaan tidak slamat (jgn ingat hanya prempuan sj yg mempunyai prasaan tidak slamat) Bayangkn klu kekasihnya meninggalkannya, cemburu pasti akn menghuru-harakn dunia ini.

Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Lelaki Leo sangat ego & jg sangat tabah. Dia tidak akn cemburu krana perkara yg remeh temeh. Dia tidak akn menyebabkan air muka dirinya jatuh krana cemburu. Walaupn kekasihnya telah melakukan perkara yg membuatkannya marah, namun dia tetap akn mengekalkan prasaan yg tenang utk berbincang dgn kekasihnya.

Virgo (24 Ogos - 23 September)
Lelaki Virgo, cemburu mereka amat memeranjatkn. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yg lapang & jg pemikiran yg luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dlm kehidupan pasangan ini. Walaupn dia amt mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dgn kekasih krana cemburu.

Libra (24 September - 23 Oktober)
Lelaki Libra mementingkn imejnya yg bertatatertib. Disebabkn cemburu akn menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yg baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dgn kekasih akibat cemburu yg akn menjejaskan hubungan mreka.


Scorpio (24 Oktober - 23 November)
Lelaki Scorpio pula bila smakin mndalam cinta terhdp kekasih maka smakin kuat cemburunya. Dia mnghormati & menyintai kekasih sepenuhnya. Tapi cemburunya jg tidak kurang. Skiranya kekasih menunjukkn sbarang kemusykilan, maka dia akn menunjukkan cemburunya.

Sagitarius 23 November - 21 Disember)
Lelaki Sagitarius jg boleh cemburu. Namun cemburunya datang dgn cepat, pergi juga cepat. Dia slalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenar. Apabila mengetahui hal sbenar, cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akn meninggalkn kekasih yg sering membuatnya cemburu.


Capricorn (22 Disember - 20 Januari)
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yg pesimistik. Dia mrasa rendah diri di dlm kehidupn. Apabila dia brasa cemburu, dia tidak akn tunjukkan pd kekasih sebaliknya akn mengeluarkn ketidakpuasan ini pd tempat lain sperti sukan atau di tempat kerja.

Jumaat, 15 Januari 2010

Bicara Cinta

Salam buat semua...
 
Bertemu lagi di pagi ini.. dlm keadaan yg tak braper sihat kena hujan petang semalam, tp disebabkan dah ketagih dgn "hantu" blog2 nie, tak sabar rasanyer nak berkongsi crita.. Dapatlh jg menghilangkan rs kebosanan. Tapi nak ckp pasal aper ek???? Hmmmm
Aper kata.. Lyn buat puisi tentang CINTA dan MENCINTAI ???
Lyn memang suka bab2 melayan prasaan nie.. jiwa sensimental lah katakan


Khas buat seseorang yg amat Lyn sayangi di ketika ini...terima kasih SAYANG.. kerana menyayangi diri ini..


SELAMILAH PERASAAN HATIKU, SAYANG...

Sayangku...
Aku menanti esok fajar akan menyinsing..
Fajar yang pasti akan tiba untuk kita,
Membawa bersama penawar segala kerinduan
Untuk menyingkir segala kesunyian.

Kesunyian..Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
Kesunyian..Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan.
Kesunyian..Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.

Kiranya ada tercalar di hati, kiranya ada tercalar di kata,
Buat kenangan kita bersama, sambutlah kasihku yang tulus,
Kerana aku amat menyintaimu.

Pada saat dan ketika ini..
Terasa diri ini begitu terasing, terasa diri ini terlalu sunyi..
Ketika itu..Suaramu aku terdengar, membisikkan sayang, menyatakan cinta.
Aku pasrah dalam kesunyian mencari kasih abadi..
Kiranya kau hadir menyingkap kesunyian ini menjadi kasih,
Akan kuberikan seluruh hidupku hanya padamu.

Dalam usia keremajaanku,
Pernah kurasai kepahitan pada suatu kehilangan KASIH dan CINTA..
Sehingga kini...Hatiku menemui kasih mu, cintaku kembali berbunga.
Kau mengubati kepahitan musim lalu ku....
Kau hiburkan kesunyian musim lampau ku...
Alangkah ruginya masa yang kulalui dahulu...

Betapa indahnya...
Kini... dirimu amat berharga sebagai teman meranjau onak duri kehidupan ini.
Bayangan semalam menghantui jiwaku lagi, peristiwa lalu memburu harapanku lagi,
Walau terbentang lautan api, aku tetap mengharunginya untuk hidup bersamamu..

Sayangku..
Semuga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti..
Seketika itu... limpahkan kasihmu padaku, curahkan sayangmu dijiwaku.

Sayangku..
Aku pohon padamu... Aku mengharap daripadamu..
Lontarkan aku.. Secebis harapan, sekelumit kasih..
Untuk ku ubati kelukaan lalu.

Sayangku...
Sudikah kiranya kau hamparkan padaku
Saujana harapan untuk mengecapi setitis kebahagiaan,
Walau.. sepi tanpa berkasih.
Terpahat di ingatan, berputaran dan beredar,
perjalanan kehidupan, dicorak dan mencorakkan,
Kenangan terindah.. pengalaman manis bersamamu, terbayang di ingatan.

Pada kedewasaan yang meniti...
ku lukiskan impian, ku ukirkan haluan,
ketika itu terasa diriku kekosongan dalam pencarian..
hingga ku temui daripada mu erti kasih sayang.

Sayangku..
Aku abadikan kenangan, sejuta harapan bersamamu dan..
Biarlah aku berhenti mencari di sini...walaupun harapan yg tak pasti.

Sayangku...
Dalam penantianmu, dalam harapan yang kita semai,
Pasti ada ujian dan hikmah.. kerana Tuhan Maha Mengetahui...
Kasih dan sayang antara kita.

Biarkan semua kenangan pahitku itu berlalu...
kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya.
Bersyukur.. atas ujian ini menjadikan aku lebih tabah dalam kehidupan.
Kucoretkan padamu kata penyambung bicara...
Maluku bagaikan berlipat di dalam lembaran ini..
Bagai menanti senyuman kita yang tidak pasti.
Memberi harapan atau khayalan.

Maafkan aku Sayang...
Memang mudah mengucapkan apa yang kita rasa
Dan itu kita amat sedari..
Percayalah... Jika kau membenci bicaraku ini,
Pasti rinduku tak akan terubat selamanya.

Sayangku..
Ingin sekali aku berbisik padamu kasih,
Mengintai hari-hari menjelang.. bersama sebuah ketulusan
Sebagai ingatan rinduku yang berpanjangan.

Hujan malam... Aku sering dibuai sepi...
Didadaku ada luka.. dihatiku ada sengsara..
Lalu kini... Dihatiku sebak menanggung rindu padamu yang jauh dimata.
Aku megharapkan kasih kita bukan seperti dedaun itu..
Yang kini gugur dan tersadai umpama daun-daun kering ditaman terasing...
Biarpun cuaca tak selalu cerah... Pelangi juga tak selalu indah.
Namun.. bukanlah satu mimpi, andai mentari yg tenggelam akn merah lagi diesok hari.

Cinta .. adalah anugerah nukilan jiwa... manis hadirnya pengubat lara.
Cinta.. adalah penyeri asyik disanubari... berpaut ditangkai hati.
Bulan tak selalu purnama... mentari tak akan sentiasa menyinar.
Mendung tak semestinya hujan... andai cinta kita sekuat akar.
Cinta kita ibarat api yg membakar dedaun.
Kau ibarat dedaun basah... aku ibarat dedaun kering..
Lalu cinta kita pasti akan menyemarak.

Cinta sejati tanpa bersyarat, andai bersyarat reputlah ia.
Cinta sejati tak pohon dibalas, kerana ia kekal sepanjang hayat.
Cinta sejati tak bertambah dengan kebaikan.
Cinta sejati tak bertambah dengan kekayaan.
Cinta sejati tak berkurang dengan keburukan.
Cinta sejati tak berkurang dengan kemiskinan.
Cinta sejati tak pernah terancam.
Cinta sejati tak pernah curiga.
Cinta sejati pertimbangan adil.

Setiap malam kuterbayangkan dirimu disisiku...
Bagiku.. kasih sayang yg kau berikan padaku...
diiringi dgn kesyahduan malam bermain digegendang telingaku.
Redup tatapanku adalah luahan kasihku padamu...
Tajam renunganku adalah ucapan rindu dendamku...
Jernih sinar mataku adalah kalimat harapan..
Merindu pada rembulan, impian mencari kepastian,
biarpun masih menanti, menanti sebuah kebahagiaan...
Sebuah kebahagiaan yang akan kau berikan padaku..

Akukah yang engkau cinta?
Engkaukah yang aku cinta?
Takutkah engkau akan kehilanganku?
Takutkah aku akan kehilanganmu?
Bicaralah sepuas hatimu, bicaralah semahumu.
Bicara cinta kita takkan berakhir disini...
Kini aku mengerti apa maksudmu.... I Trust And Love You

Rindu memaksa aku menyayangi mu


Rindu Memaksa Ku Menyayangi Mu
Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu
Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku
Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi
Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi




Khamis, 14 Januari 2010

Luahan hati tanpa bicara buatmu, Sayangku

I hide my tears when I say your name, but the pain in my heart is still the same.
Although I smile and seen cheerfull everytime...
There is no one I miss more... than I miss U.
SAYANG,
I don't know how to make things better between us but I can start by saying....I'm so sorry, I really am"
Salam buat kekasih hatiku...
Buat permulaan, izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon maaf.
Tak terlintas bagi diriku utk meletakkan dirimu dalam keadaan serba salah.
Namun aku cuma insan biasa yg punya hati dan perasaan.
Ingin perhatian dan kasih sayang darimu seperti dahulu...

Lately ni, tak tahu kenapa perasaan sedih ini kerap mengunjungi ruang hati. Cuba untuk dibuang jauh2 dari lubuk hati, namun ianya semakin kemas tersimpan disanubari.

Mungkin kerana
TERLALU SAYANG?
Mungkin kerana
TERLALU MERINDU?
Mungkin kerana
KURANGNYA PERHATIAN DARIMU?
atau
Mungkin kerana
TAKUT KEHILANGANMU?

Entah bila perasaan gelisah ini berputik tanpa disedari, tapi yg pasti selepas kembali dari percutian yg terakhir. Mungkin boleh dikatakan percutian yg tiada arah tujuan selain untuk menemanimu atau melewati masa bersama. Dari detik hatiku terasa dan terguris dengan kata-katamu yg tanpa disengajakan.. ianya berlarutan sehingga dirimu mengahabiskan cuti tahunan tanpa sebarang khabar berita diutuskan buat diriku, walau aku amat2 memahami dan tahu akan keadaan dirimu yg tidak mengizinkan... penuh dengan rintangan dan halangan.. demi kasih sayangmu padaku.

Tahukah dikau...
Bagaimana perasaan hatiku dikala itu?
Bagaimana hari2 yg ku lalui tanpamu?
Aku benar2 terasa kehilangan....
Bagaimana aku merindui masa2 lalu kita bersama?
Walau kuat aku menghadapinya..
Namun aku tewas.

Di luar, aku seperti biasa, tetapi di dalam hati, hanya Allah sahaja yg tahu.
Hanya airmata dan doa yg dpt menemani aku.
Setelah airmata yg gugur, aku mendapat sedikit ketenangan
Dan aku rasa bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan menyayangimu yg semakin mendalam.
Sehingga kesaat ini, aku sebenarnya merindui masa-masa lalu kita. TERLALU...


Sayangku,
Kita dikurniakan perasaan Cinta, Kasih Sayang dan Kerinduan
Namun ianya seperti pantai, ada pasang surutnya..
Kita akan tersenyum, salah faham atau kadang kala tiada mood untuk menyenangkan hati.
Tak mungkin tiada kesedihan dan dugaan dalam perhubungan ini.
Kesedihan memang menjadi sebahagian dari hidupku,
Maafkan aku, jika terlalu beremosi... tapi itu adalah diriku.
Aku cuma manusia biasa yg punya hati dan perasaan.
Adilkah kalau seringkali membiarkan perasaan ini terluka dan dilukai?
Aku cuba menepis perasaan ini, walau seringkali aku gagal.

Namun...
Dengan kelembutan, cinta, kasih sayang bersama sekelumit perhatian yg kau berikan selama ini membuatkan aku ingin segera membuang jauh2 perasaan ini agar dunia yg kita bina bersama ini disulami dengan kegembiraan dan kebahagian yg aku cari-cari selama ini.
InsyaALLAH.

Terima kasih, Sayangku
Untuk Cinta ini
Untuk Kasih Sayang ini
Untuk Kerinduan ini
Untuk Perhatian ini
Untuk Segala-galanya..

ANDAI SAYANGMU TAK BERTEPI, DI SAAT INI..
IZINKAN AKU MERASAI KEHANGATAN PELUKKAN CINTAMU
DIWAKTU AKU TERLALU MERINDUI BELAIAN KASIH SAYANGMU.
WALAU DIRIMU JAUH DI MATA,
NAMUN AKU MASIH DAPAT MERASAKAN SENTUHANMU MEMELUK DIRIKU YG
KERINDUAN DALAM KESEJUKAN MALAM.
HADIRLAH KAU DISISIKU, WAHAI SAYANGKU.
TANPA CINTAMU,
AKU MATI....


Mengharapkan agar hari ini akan lebih ceria


Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi,

Masih berpeluang meneruskan hidup ini, boleh menghirup udara yg segar. Hari2 semalam dilalui dgn perasaan yg moody. Harapan agar hari ini akan lebih ceria. 
Hari ini Lyn dpt berita gembira. Bertambah seorang lagie anak buah perempuan - Nur Iman Basyirah (berat 2.7 kg). Tak sabar rasanyer nak tunggu seorang lagie adik Lyn bersalin. Mungkin dlm masa terdekat nie kot. Hanya tunggu masa sahaja. Seronok bukan?? I wish... I also dapat baby girl... Hmmmmm... tapi tak ada rezeki... Dapat anak2 buah girl pun ok jugak, macam anak sendiri..tul tak? Yelah, kalau baby girl nie ada byk pilihan nak beli barang2 especially baju2 yg cantik2.. barang2 perhiasaan baby girl pun cute2 jer... eeeeee geramnyerrrr!!!!!! 

*******************************************
Hari nie terasa macam nak makan buah strawberry jer...Dah lama rasanyer tak makan strawberry.. Lyn nie memang giler sikit pasal strawberry nie.. Tau tak sebab aper Lyn rasa mcm nie????
Tak lain.. tak bukan, sebabnyer.. Sayangku tak tahu nak spell the word "STRAWBERRY" 
Eeeeeee geramnyer... rasa mcm nak gigit2 jer dia... nanti lah.... wait and see.. Sayang.. what I'm going to do with you...





 
 
 
Haaaaa... Nie kalau dpt tidur atas katil strawberry... mmmmm tak yah bangun lah.. lena jer


 

Rabu, 13 Januari 2010

Out of mood today

Aduuuhhhh...
Kenapalah hari ini Lyn rasa mcm tak sihat ajer????
Di tambah dgn kebosanan untuk menghabiskan masa seharian... Tapi macam maner dgn keje2 yg berlambak nie?? Tolonggggggg.. aper patut Lyn buat nie... huhuhuhu


Kalau tengah bosan, dpt pergi tenangkan fikiran kat tempat2 mcm nie.. best nyer..
Hilang segala benda yg menganggu fikiran.




I wish kalau dapat pergi ketempat-tempat sebegini .. seronok kan??
Menarik sungguh view nie..boleh curahkan idea-idea untuk melayan prasaan.


Sayang..
I wish u can bring me to this place..
I wish we can spend time together..
Luv u always.

Between U and Me


If you kiss her, you are not a gentlemen
If you don't, you are not a man

If you praise her, she thinks you are lying
If you don't, you are good for nothing
If you agree to all her likes, you are a wimp
If you don't, you are not understanding
If you visit her often, she thinks it is boring
If you don't, she accuses you of double-crossing
If you are well dressed, she says you are a playboy
If you don't, you are a dull boy
If you are jealous, she says it's bad
If you don't, she thinks you do not lover her
If you attempt a romance, she says you didn't respect her
If you don't, she thinks you do not like her
If you are a minute late, she complains it's hard to wait
If she is late, she says that's a girl way
If you visit another man, you're not putting in "quality time"
If she is visited by another women, 'Oh it's natural, we are girls"
If you kiss her once in a while, she professes you are cold
If you kiss her often, she yells that you are taking advantage
If you stare at another women, she accuses you of flirting
If she is stared by other men, she says that they just admiring
If you talk, she wants you to listen
If you listen, she wants you to talk.


Selasa, 12 Januari 2010

Sharing luvly moments with family




Di antara anak-anak buah kesayanganku..




Dua org permata hatiku.. Buat Amirul Amin dan Arief Zariq.. mama sangat menyayangi kamu sehingga keakhirnyer..

Pictureku
sewaktu
berhari
raya
tahun
lepas.
Dah
lama
sangat
tak
posing..