Aku baru shj tersedar dr tidurku... Bangun sambil mencari anak2 ku mcm mana keadaan mereka..
Petang tadi sebaik sampai shj kembali kerumahku dari kampung halaman.. aku terus makan ubat demam, sakit kepala dan jg ubat tidurku. Kepulangan aku ke kampung semalam sebaik habis waktu bekerja adalah kerana emakku membuat kenduri kesyukuran.. tetapi aku terlupa membawa semua bekalan ubat2an ku..
Ya.. kenduri kesyukuran atas niat yg telah lama emakku buat utk adik perempuanku yg tlh tamat pengajiannya, anakku yg lulus PMR tahun lepas, adik dan adik iparku yg telah selamat melahirkan anak, adik lelakiku yg akn bertunang pertengahan bulan Jun ini dan akhir sekali buat diriku yg telah berk----n??? Memang telah kujangkakan.. kelukaan aku akan bertambah perit lagie..
Bermulalah episod luka di hatiku yg semakin parah.. Aku dah cuba utk melupakan buat seketika akan dirinya, namun aku tak mampu.. bila mana emakku bertanyakan tentang dirinya.. Aku hanya mampu memberi alasan.. tp bagaimana dgn prasaan hatiku sendiri.. Aku boleh menipu org lain tp tidak buat diriku sendiri??
Tanpa ku sedari.. airmataku mula mengalir sendiri lalu mempamirkan prasaan hati yg bergelora... Nasib baik aku dpt mengelak dr pandangan emakku.. cuma salah seorang adik iparku nampak aku menangis.. Bila dia bertanyakan kenapa aku bersedih.. aku hanya mampu tersenyum dlm paksaan dgn memberitahu bhwa aku kurang sihat.. Iya.. mungkin mereka percaya yg aku kurang sihat kerana keadaan diriku yg semakin susut dan rupaku yg tak seceria selalu. Hanya Tuhan sajer yg tahu betapa deritanya hatiku sekarang ini.
Aku hanya mampu duduk di dapur... menyibukkan diri memasak tanpa berbual seperti biasa.. takut nanti banyak soalan dr mulut emakku.. aku terpaksa mengelak dgn cara begitu.. Hanya anakku Amirul shj yg memberitahu adik iparku.. dah 3 minggu mama begini.. menanggis2... dan Mirul lah yg menghadapnya hari2.. Aku terkedu mendengar anakku berkata begitu.. Mungkin dia terlepas ckp.. sebb aku telah berpesan dgnnya supaya jgn beritahu apa2 pun yg berlaku pd mereka. Selepas selesai kenduri.. aku mengemas di dapur.. masih setia membersihkan apa yg patut tanpa di temani oleh sesiapa pun.. Aku rs begini lebih baik.. Aku mendengar alunan lagu2 dr Handphone ku kuat2 supaya org tahu yg aku tengah bergembira tp akhirnya aku tetap menitiskan airmata... bila mana aku terdengarkan yg emakku menyuruh adik dan anakku menangkap ayam kampung utk masak rendang esoknya kerana katanya suamiku suka mkn ayam kampung.. Emak nak bekalkan padaku utk diberkan kepada nya.. Mampukah aku hanya mendengar sahaja??? Tanpa prasaanku sdikit pun tdk terusik???
Sedihnya hatiku... Bagaimana nak ku beritahu perkara sebenar kpd emak ku bahawa dia dah tak ada dlm kamus hidupku?? Sanggupkah aku melakukannya?? Ya Tuhan.. Aku terkedu.. betul2 terkedu buat kali kedua selepas episod petang tadi berakhir.. Emakku terlalu gembira yg aku telah bahagia bertemu dgn seseorang yg 'sayang' padaku.. tp tergamakkah aku sendiri melukakan hati seorang ibu buat kali kedua dgn cerita kesedihan aku??? Aku betul2 tak tergamak melakukannya.. Kalau diberi pilihan samaada beritahu emakku atau aku yg mati.. aku lebih rela pilih.. MATI.. ya aku hanya ingin MATI. itu lebih baik dr menanggung kesakitan begini.
Seharian ini aku serba tak kena shj dirumah emakku.. Aku cuba mengelak dr byk berbual dgn nya.. Aku takut aku tak boleh menahan perasaan bila berdepan dgnnya. Aku mengambil keputusan utk segera pulang kerumahku semula..wlu dlm keadaan yg kurang sihat dan kepala ku berdenyut2 kesakitan.. aku gagahkan juga dgn anak2ku pulang kerumah.. Bersalam dgn emakku juga kurasakan suatu penyiksaan kerana aku tahu mesti emakku akn bertanyakan jg berkenaan 'menantu kesayangannya' itu.. Memang telah kujangkakan.. Hanya tuhan shj yg tahu betapa hatiku dihiris2 dan dirobek2 oleh kekejaman yg dia tinggalkan padaku yg tiada langsung perasaan belas kasihan atau perikemanusiaan... Berat kakiku melangkah pergi... berat lagi tanggungan perasaan yg aku bw pulang.. Sepanjang perjalanan dlm bas.. airmataku tak dpt kutahankan lg... hanya Zariq yg kerap bertanya kenapa Mama menanggis... sambil diperhatikan oleh Amirul tanpa sebarang kata yg keluar dari mulutnya...
Maafkan Mama .. Amirul.. Zariq.. sesungguhnya.. Mama mmg betul2 tak mampu utk berlagak biasa seperti tiada apa-apa berlaku.. kerana setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam yg berlalu, hanya kerinduaan pada Papa yg Mama rasakan dan hanya kasih sayang Papa yg Mama rasai.. bagaimana Mama mampu melupakan Papa kerana setiap detik nafasku adalah kerana Papa.. hanya MATI shj yg akan memisahkan Mama dan Papa...